Sunday, 20 October 2013

Berat Mata Memandang Berat lagi Tangan Mengacau Dodol !

Assalamualaikum,

Selamat malam dan salam sejahtera kepada rakan-rakan alam maya.

Entry malam ni aku rasa pendek ja kot atas sebab-sebab aku dah mengantuk dan hilang deria rasa tengok lappy aku ni !

Eiuuuwww !

'Lappy' !

Aku lelaki sejati !

Ini la yang aku nak kongsi, pasal LAPTOP aku.

Bukan pasal kesejatian kelakian aku la !

Berat rasa hatiku nak bercerita berkenaan LAPTOP aku. Berat bagaikan memandu kereta Toyota Estima tanpa power stearring.

Beratkan ?!

Macam tu la rasa dia !

LAPTOP aku ni menguji kesabaran dan juga penglihatan aku. Dulu aku tatang bagai menatang minyak yang penuh. Tapi sekarang dah tak penuh.

Minyak naik !

Aku menjadi juling akibat LAPTOP aku. Lihatlah !


Aku harap you all tak simpati aku tunjuk gambar LAPTOP aku dan cuba membantu aku dengan mem'bank in' duit di nombor akaun 123432542145467785444 Meybeng untuk membeli LAPTOP baru.

Tolong jangan !

Pleaseee !  : P