Sunday 28 April 2013

Lumrah Hidup Kita Semua !



Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim, mula dengan bismillah, lebih afdal. 

Ok, kenal aku lagi ? Ingat-ingat lupa ? Tengok muka baru kenal ? or sedang cuba untuk tak kenal ?

Apapun, dah dekat setahun aku tak naiktarikh blog aku ini. SETAHUN ! Satu jangka masa yang agak lama. 
Dah berkarat dah otak nak mengarang.  (bunyi cengkerik)

(30 minit duduk  depan skrin tak buat apa-apa)

Karat !

Sebenarnya aku sibuk sangat semenjak belajar kat tempat baru ni. Huh? You all tak nak ambil tahu pun ?

 Ok fine !

Yang tak nak ambil tahu tu keluar dari sini.

Jangan baca ! (emotional )

Haa, takut kan. Gurau aja. Aku bukan jenis panas baran.  

Aku jenis gila-gila + comel-comel gitu.

Errr..

Tu bukan gurauan ! :P

Ok-ok. Entry aku kali ni aku nak cerita pasal benda yang semua orang akan alami. Agak menyentuh jiwa dan raga.

Semua orang !

Haaaaa, agak-agak apa ya ? hah ! salah la jawapan tu Kak Ton.

Pertemuan dan perpisahan dalam persahabatan. Ini la yang aku nak story.

Apa makna persahabatan bagi you all ? Segalanya ? Separuh ? Suku-suku ? Tak ada makna ?

Semua orang ada kawan kan. Semua orang ada kawan baik kan. Semua itu mula dengan satu pertemuan. Betul ?

Bermula kat mana? Kebanyakanya bermula kat tempat belajar kan. Tapi bukan selamanya kita belajar kat 
tempat yang sama kan?

Kalau budak yang sebaya dengan aku dalam lingkungan 20-an kebanyakannya dah nak habis belajar diploma dan budak matrik dah nak habis dah bagi yang ambil setahun.

Agak-agak apa perasaan budak-budak ni ?

Mestilah excited sebab dah nak habis study. Kan-kan-kan.

 Tapi masa yang sama sedih nak tinggal kawan-kawan. Persahabatan yang dah terbina susah nak runtuhkan tapi terpaksa berpisah.

Walaupun baru setahun kenal !

Memang la boleh contact tapi tak sama macam kita kat asrama kat rumah sewa. Betul tak?

Suka tak suka itu lah yang kita kena hadapi.  Semua orang rasa benda yang sama.

Nanti sambung belajar degree or master or pHd jumpa lagi kawan-kawan baru dan benda yang sama akan berlaku.

Terpaksa berpisah.


So pesanan kepada budak-budak yang dah nak habis belajar :
  • Fikir positif
  • Kuatkan mental
  • Menangis puas-puas masa hari last tu
  • Pandang kehadapan
  • Selalu skype dengan kawan-kawan(untuk pengguna internet berkelajuan tinggi sahaja)

Dan yang last,

Ingat ! Family kita sentiasa ada dengan kita ! : P