Thursday 9 May 2013

Final... Ala.. Rileks la.. Lambat lagi !

Assalamualaikum,

Hello kawan-kawan, apa khabar ?

Alhamdulillah la kepada yang sihat tu, kepada yang tak sihat tu jangan lupa makan ubat tau.

Cliche  !

(Diriku terasa gedik buat seketika)

Malam hormon aku kurang stabil sebab esok aku dah start FINAL exam !

Kalau aku berkelakuan pelik malam ni endahkan.

Aku sememangnnya PELIK !

So, malam ni aku nak ambil kesempatan.....

Cliche !

Endahkan !

Malam ni aku nak kongsi apa yang selalu terjadi dua,tiga hari sebelum peperiksaan bermula mengikut pengalaman aku sendiri dan mungkin you all pernah mengalaminya.

Apa yang selalunya terjadi :
  • resah dan gelisah sebab banyak bab yang tak cover lagi
  • menyesal tak study dari awal
  • berdoa panjang selepas solat(selalunya doa 3saat saja)
  • berjanji dengan diri sendiri akan study dari awal untuk semester hadapan(mustahil)
  • 'blank' sejenak
  • terbayang jika rebus buku dan minum air rebusan betul-betul mujarab(alangkah indahnya)
Banyak lagi lah.

Itu lah antaranya yang berlaku kalau study last-last minit.

Kebanyakan orang lebih suka study last minit sebab katanya kalau study awal-awal ni takut lupa apa yang kita dah study.

Tapi percaya la tak semua yang kita study kita akan ingat selepas habis exam.

Kan-kan-kan.

Result mungkin cemerlang tapi output yang kita boleh berikan time temuduga kerja nanti ?

 Haa, amacam ? psiko tak?

Sekadar nasihat dan pedoman untuk you all dan diriku ini untuk kita renungkan sejenak pada malam bosan ni.

Aku pun jenis yang study last minit !

Apapun, aku ada satu permintaan.

Doakan aku yaa kawan-kawan !!

Cliche tak cliche ! : P




Jemput-jemput la jalan-jalan kat page saya ni . : D 
HitamLegam | Photography




Sunday 5 May 2013

Pilihanraya Dan Gwiyomi !



Assalamualaikum,

Salam sejahtera(untuk orang bukan Islam)

Salam 1Malaysia(untuk orang yang kuat politik)

Haa, malam ni aku bukan nak ajar you all penggunaan kata kerja mahupun kata ganti nama diri ketiga sebab itu semua dihujung jari anda.

Kalau nak belajar, cari sendiri !

Ok, you all pun tahu kan dalam masa beberapa jam lagi akan berlangsungnya pilihanraya.  Yang nak tentukan siapa yang akan memerintah Negara ni.

Aku tak ada banyak nak komen pasal hal politik ni.

 Sebab aku noob dalam bab-bab ni.

Tapi aku tak noob dalam hal-hal lain.

Aku tahu ramai yang cuba buat gerakan gwiyomi secara diam-diam dan ada niat untuk buat rakaman dan bayangkan ramai yang view video dengan komen yang positif.

Kan aku cakap aku tak noob dalam hal-hal lain.(senyum sinis)

Apapun !

Aku tak suka politik !

 Dah nak dekat pilihan raya macam-macam cerita keluar.

Parti ni tuduh parti tu, parti tu tuduh parti ni.

Aku tak suka politik !

Sebab politik kita bergaduh.

Tapi gwiyomi boleh buat kita senyum.(tetiba)

Tapi kadang-kadang gwiyomi jugak boleh buat kita rasa nak bergaduh kalau..
  
Video gwiyomi di lakonkan oleh kaum lelaki.

Oh tidak !

Lupakan ! lupa-lupa-lupa .

Apapun, kesimpulannya,

Tak kisah la siapa yang akan perintah yang penting keistimewaan orang Melayu terjaga.

Bukan ‘racists’ ok !

HAK !

Kepada yang tengah bergaduh sebab politik tu.

Tengok la video gwiyomi ni.

Jangan risau.

Bukan lelaki ! :P