Sunday 29 July 2012

Pendidikan Seni !

Assalamualaikum,

Hai kawan-kawan dan selamat malam. Malam ni terasa macam nak naiktarikh blog aku sebab aku dah ada broadband yang dipinjamkan kepada aku.

Bukan hak milik aku !

Buat masa sekarang masih tak mampu untuk ada broadband sendiri. Sebab bayaran bulan-bulan membuatkan aku stress !

Ok-ok !

Malam ni aku nak mengenang kembali kenangan kita dulu-dulu. Kalau sebut pasal matapelajaran pendidikan seni apa yang terbayang dalam fikiran you all.

Biar aku teka !

Mesti ingat ni




Dulu kalau baru beli colour Luna ni. Mesti lepas guna susun ikut tempat asal dia balik kan ? Kan-kan-kan ?

2 hari ja !

Lepas tu 'sharp' colour pensil kat sebelah belakang. Bagi ada 2 mata depan belakang.

Masa sekolah rendah dulu. Kalau cikgu suruh lukis pemandangan apa yang kebanyakan kita akan lukis ?

Kita akan lukis bukit yang ada dua puncak. Lepas tu ada matahari kat antara 2 puncak bukit tu. Lepas tu, ada awan ada burung terbang dekat dengan awan.

Dah habis buat tu. Kita akan lukis rumah kampung yang pintu rumah tu bergabung dengan tangga dan ada dua tingkap empat segi. Lepas tu, sebatang pokok kelapa kat tepi rumah tu. Lepas tu, ada sawah padi belakang rumah.

Lebih kurang macam ni la kan.

Yang nak bezakan lukisan kita waktu dulu-dulu, cara kita warna ja sebab lukisan semua sama. Kalau lukisan  yang di nobatkan paling lawa sebab dia pandai warna.

Kan-kan-kan.

Aku boleh baca fikiran you all.

Aku psycho !

Muahaha.

Tapi apa yang penting dengan lukisan macam ni la, sekarang dah ada yang jadi architect, engineer, pilot.

Semua bermula dari bawah. : P




Thursday 28 June 2012

Puisi ku Untukmu Kawan !

Assalamualaikum,

Haa, bertemu lagi kita di malam yang dingin lagi gelap ini. Apa selalu orang buat malam-malam ?

Aku tahu apa benda yang pertama terlintas dalam otak you all.

Tak senonoh !

Kalau orang tanya aku pun, aku fikir benda sama jugak.

Kita geng !

Selalunya waktu malam waktu orang layan 'feeling'.

Kan-kan-kan !

Contohnya, kenang kenangan dulu-dulu. Dengan kawan-kawan, awek-awek, binatang peliharan, bantal busuk.

Bila baring sorang-sorang. Pejam mata. Teringat semua benda tu. Mesti ada yang mengalirkan air mata walaupun teringatkan bantal busuk yang meraung apabila dibakar.

Hiperbola !

Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum SPM. Aku ada tulis satu puisi.

Aku tulis sendiri !

Aku tujukan kat kawan-kawan aku. Ada jugak la yang menangis bila baca puisi tu.

Ni puisi yang aku tulis tu.

Sebelum baca.

Tutup lampu. Buka lagu yang sedih-sedih sambil baca puisi ni.

Hayati betul-betul.

Tanggal 20 Disember 2010,
Jam 4.00 petang,
Paper terakhirku tamat,
Perasaan gembira tidak tergambar,
Namun,
Dalam kegembiraan terputik kesedihan.

Sekolah yang dahulunya menjadi bebanku,
Kini,
Menjadi kenanganku selamanya,
Hari ini,
Hari terakhirku berpijak di kelas ini,
Hari ini,
Hari terakhirku berpijak di asrama ini,
Hari ini,
Hari terakhirku melihat tawa mesra rakan-rakanku,
Hari ini,
Hari terakhirku bergelar pelajar Sekolah Menengah Teknik Langkawi.

Rasa sebak di dada malu ku luahkan,
Lepas ni,
Bangun dari tidur tiada lagi kelihatan wajah-wajah rakanku,
Tiada lagi kedengaran bingitan hon subuhku,
Tiada lagi kedengaran suara rakanku,
'oi.. dah pukul 7.. bangun..!'
Semuanya hanya tinggal kenangan.

Kenangan yang hanya terpahat dihati,
Yang tak mungkin berulang lagi.

Inilah puisi yang aku tulis masa aku Form 5 dulu.

Kenangan aku dengan kawan-kawan takkan pernah hilang.

Cukup-cukup la tu nangis.

Buruk benor muka ! : P

Wednesday 27 June 2012

Tempat Baru Aku !

Assalamualaikum..

Hoi ! Hari ni mood aku baik dan aku rasa you all rasa aku gila bayang sebab naiktarikh blog ni setelah sekian lama tidak naiktarikhnya.

Aku nak cerita sikit pasal tempat yang bakal aku menuntut ilmu yang baru.

Terus terang aku tak rasa seronok pun nak pergi tempat baru tu sebab kolej yang lama banyak kenangan pahit manis. Perh ! Terlebih la pulak. Ahak !

Hah ! ni la dia. Aku pun tak pasti ni bangunan apa. Pejabat kut. Mungkin.

Ni pemandangan dari atas. Nampak menarik.

Ni pemandangan waktu malam. Nampak macam besar ja tempat ni.

Ni pemandangan waktu malam. Nampak macam besar ja tempat ni.

Actually banyak lagi gambar. Tapi aku tak tau nak cari kat mana. Malas nak search. Hik Hok !

Aku daftar insyaAllah 2 Julai ni. Doakan aku berjaya kat sini ya kawan-kawanku sekalian.

Jasamu dikenang !

Ok lah. Pendek ja post kali ni. Sebab aku tengah rushing ni. Member aku ajak tengok wayang.

Dia belanja !!!

Hang la kawan aku dunia akhirat !  :P
 





Tuesday 3 April 2012

Korean dan Malaysian !

Assalamualaikum,

Fuuh ! Dapat juga aku update tempat yang orang panggil BLOG ni. Kadang-kadang tu macam menyusahkan juga benda ni.

Bukan kadang-kadang.

Selalu !

Agak-agak boleh kena saman tak kalau ayat aku macam tu ?

Ok !

Actually, aku ada satu pesanan ringkas nak bagi kat kawan baik aku yang sangat baik.

Aku tak tipu !

Dia baik.

Serius !

'Najlaa ! Thanx sebab tolong aku. Jasamu akanku kenang'.

Ok !
 
Hari tu aku tengok cerita Korea. Tajuk dia 'Love Story in Havard' kot. 

Kalau tak silap la.

Siapa yang pernah tengok tu tahu la.

Dia cerita pasal percintaan 3 segi la. Biasa la kan cerita Korea.

Cinta-cinta-cinta.

Bila aku tengok cerita tu. Aku cuba bandingkan orang Korea dalam cerita tu bercinta dengan orang kita bercinta dalam realiti.

Memang jauh jurang perbezaan tu.

Mula-mula.

# Babak 1

Dalam cerita tu. Si lelaki(Hyun Woo) tampar si perempuan(Soo In) tapi si perempuan still boleh tersenyum.

Orang kita. Bila si lelaki tampar si perempuan. 'Dayus !' 'Sampai sini saja hubungan kita, brek !' Kata si perempuan.

#Babak 2

Dalam cerita Korea. Ego si lelaki hanya Tuhan ja yang tahu betapa tingginya.  Si lelaki sanggup tipu si perempuan cakap dia benci si perempuan tu sebab untuk kebaikan si perempuan tu.

Orang kita. Si lelaki sanggup tipu si perempuan cakap dia sayang si perempuan tu sebab si lelaki ni ada perempuan lain.

#Babak 3

Cerita Korea. Kadang-kadang si lelaki 'bf' kepada si perempuan ni jumpa 'ex bf' si perempuan ni dan tumbuk dengan tiba-tiba sampai tersungkur. Si 'ex bf' bangun dan hanya  tanya, 'Kenapa?'.

Orang kita. Si 'bf' datang sorang-sorang terus tumbuk si 'ex bf'. Keesokan harinya si 'ex bf' datang ramai-ramai tumbuk si 'bf'. Angkat geng.

...dan banyak lagi la yang berbeza(penat menaip).

Masa aku taip ni.

Aku resah.

Aku terfikir.

Agak-agak boleh kena saman tak kalau aku tulis macam ni ?

Thursday 8 March 2012

Blog Aku Dah Berhabuk Setebal 2 inci !


Assalamualaikum

Haa tudia ! Abang botak update blog dia.

Dah kurang botak ok !

Serius !

Dah lama tak update blog. Banyak perubahan yang berlaku. Antaranya rambut aku dah semakin panjang,berat badan aku menaik, aku berjaya jahit bantal yang koyak dan aku semakin gelap.

Aku redha.

Aku dah lama tak naiktarikh(update) blog bukan sengaja. Aku betul-betul-betul sibuk.

Bukan hiperbola. 

Kenyataan !

Assignment banyak, Final Exam minggu depan,  cuci habuk, bergosip,  kemas rumah, masak nasi.

Yang last tu aku tipu !

Sibuk kan aku.

Apa pun. Maaf-maaf-maaf !

Sebenarnya, aku nak buat benda yang aku pernah terfikir nak buat tapi tak pernah rasa nak buat. Bila dah siap benda tu aku akan post dekat sini.

Nanti you all comment la.

Jasamu akan ku kenang.

Aku termuntah. :P

Monday 27 February 2012

Terpaksa Menipu Sebab Aku Nak Kerja !

Assalamualaikum,

Haa ! Panjang betul tajuk hari ni.

Aku habiskan 30 minit fikir pasal nak tulis tajuk. Aku lemah dalam penulisan tajuk ni.

Sangat lemah !

So, jangan tanya kenapa tajuk aku panjang !

Ok.

Apa aku nak cerita hari ni. Pengalaman aku masa nak minta kerja dulu.

Sebenarnya aku tak nak ingat sebab rasa bersalah tu ada lagi dalam diri ni. Rasa bersalah sebab menipu kakak yang muka dia ala-ala Ayu Raudhah.

Cun !

Ok-ok !

Aku jalan-jalan dengan niat nak cari kerja dengan berisi hanya RM 2 dalam poket. Tiba-tiba aku nampak kedai 'Watsoon'. Orang kata gaji kat 'Watsoon' ni mahal so aku cuba minta kerja kat situ, tapi aku diselebungi perasaan malu yang amat dasyat.

Baru aku sedar.

Aku pemalu !

Aku cuba nak hilangkan rasa malu dengan beli air dalam 'Watsoon' yang berharga RM 1.90 supaya aku boleh tanya 'ada kerja kosong tak ?' masa bayar.

Poket aku sekarang berisi RM 0.10 !

Damn !

Masa aku bayar aku tenung mata kakak tu. Hati aku berdebar. Bulu roma aku meremang. Dengan tenang, aku keluarkan ayat-ayat indah, 'kak, ada kerja kosong tak ?'

'Ada !' , ‘Adik nak minta kerja ka ?’ soalan yang separa pandai ditanya kepada aku.
Aku anggukkan kepala aku sambil buat muka ‘cute’.
‘Adik ambil borang ni adik isi, ni pen !’
‘Saya tau ni pen kak.’
‘Akak tau adik tau ni pen, ambil pen ni isi borang tu,’ aku cuba tak nak kenal siapa aku.

Malu !

Aku cuba kagumkan kakak tu dengan isi borang tu dengan bersungguh-sungguh.

‘Adik, nak kerja full time ka part time?’
‘Full time kak.’ Penipuan pertama aku.
‘Adik dah tak nak sambung belajar ka? Result trial adik boleh tahan.’
‘Tak sambung kot, saya rasa rezeki saya kat sini,’ aku buat mimik muka sedih.
 Aku terpaksa.
‘Kalau adik ditawarkan belajar nanti, adik rasa adik nak pergi tak ?’
‘Saya orang susah kak , tak mampu,’ aku buat muka sedih dengan penuh keyakinan.
‘Ya ka adik ? Ok-ok, adik balik dulu. Nanti apa-apa kami call.’
‘Terima kasih kak.’ Aku berjalan keluar dari ‘Watsoon’ sambil tunduk ke bawah.
Aku balik dengan perasaan yakin yang aku akan dapat kerja tu. Selepas dua minggu, aku tak terima apa-apa call pun.
Aku mula putus asa.
Aku menyesal sebab menipu kakak ‘cun’ tu.

Moral of the stroy, jangan menipu kalau nak buat apa-apa.

Tak berkat !

Tak salah pun kalau kita jujur. Kalau rezeki kita dapat la apa yang kita nak tu.

Ok geng ?

Peeh.

Aku rasa ni ending terbaik aku.

Aku tipu !

Thursday 23 February 2012

Aku Tak Suka Bila Aku Selsema !

Assalamualaikum,

Sehari ni aku selsema. Aku tak suka !

Aku betul-betul tak suka.

Damn !

Bila aku selsema. Banyak benda aneh yang memalukan jadi kat aku.
  1. Aku bersin tanpa henti dalam masa 30 saat.
  2. Hingus meleleh dengan sendirinya.
  3.  Aku tutup hidung bila cakap dengan orang dan orang tu akan kata 'mulut aku busuk ka ?'.
  4. Dituduh menangis. Damn !
  5. Kena tegur dengan kawan-kawan 'cover sikit taik hidung tu !'
  6. Aku garu hidung dan dituduh korek hidung.
Masa aku kecil-kecil dulu, aku pernah cuba bagi hilang selsema.

Dengan cara picit hidung biar hingus keluar. Sebab aku ingat bila hingus habis baik la selsema aku(bijak).

Kebetulan, masa tu ada cerita National Geographic, cerita pasal selsema. Aku tengok sambil picit hidung, aku letak mangkuk bawah hidung aku dengan harapan hingus aku akan habis tak lama lagi dan selsema aku akan baik.

Aku yakin dengan harapan aku !

Tiba-tiba, cerita National Geographic tu cerita fakta pasal selsema. Aku teruja nak tengok.

Dia cakap 'hingus manusia mampu memenuhi 7 tub mandi dan akan terus menitis'.

Wow !

Aku tergamam.

Aku tengok mangkuk, aku tengok tub mandi.

Aku lepaskan hidung aku perlahan-lahan.

Harapan aku hancur.

Musnah !

Damn National Geographic ! 

Sunday 19 February 2012

Bila Diri Dah Bosan !

Dengan bertemankan segelas air kosong di sebuah kedai yang mempunyai internet tanpa wayar.

Aku duduk sambil menghadap komputer riba yang kehilangan salah satu skrunya.

Sambil dipandang oleh tuan kedai sebab menggunakan perkhidmatan internet tanpa wayar di kedainya dengan hanya segelas air kosong sebagai bayaran.

Aku melakukan mimik muka selamber dengan niat menutup malu sambil melihat laman muka buku aku dengan perasaan duka kerana bilangan rakan yang suka status aku tidak sebanyak Lisa Surihani mahupun Scha Al Yahya.

Aku cuba fikir apa kaitan tuan kedai dengan laman muka buku aku dan apa niat sebenar aku naiktarikh(update) laman blog aku.

Aku bosan.

Thursday 16 February 2012

Pengalaman Yang Buat Aku Rasa Nak Bunuh Diri !

Assalamualaikum,

Aku malu-malu-malu.

Malu !

Pengalaman ni sebenarnya baru saja jadi. Sehari yang lalu. Baru lagi kan ? Masih 'fresh' di ingatan yang aku cuba lupakan.

Tapi fresh lagi !

Malam tu ada 'event' kat kolej. Hampir semua pelajar kolej join. Aku salah seorang. Aku datang pun bersebab. Nak ambil hadiah.

Bangga !

Dengan hati yang semangat aku pergi. Masa tu gelap(sebab tutup lampu) tapi ada cahaya lilin sekeliling dewan. Tempat depan penuh. Aku duduk belakang sekali. Aku duduk atas kerusi yang 98% sebelah kaki dia dah patah.

Aku tahu patah.

Aku duduk jugak sebab aku yakin aku tak akan jatuh.

Tiba-tiba, ada pertunjukan bunga api dari arah belakang. Semua student tengok belakang sebab nak tengok bunga api tu.

SEMUA student tengok !

SEMUA !

Tiba- tiba secara tak sengaja 100% kaki kerusi tu patah. Aku jatuh.

Tersungkur !

Yes !

Aku bangun dengan penuh 'cover' dan jalan 'laju-laju' pergi dari tempat tu.

Buat pertama kali,

Aku bersyukur aku hitam.

Saturday 11 February 2012

Pengalaman Bekerja di Kedai Serbaneka 24 jam !

Assalamualaikum,





Gambar kat atas tu tak ada kena mengena dengan apa yang aku nak cerita hari ini. So..

Abaikan !

Jangan tengok !

Aku nak cerita pengalaman aku kerja kat kedai yang beroperasi 24 jam tu. Aku tak cerita pasal berapa bil elektrik dia untuk sebulan or kenapa dia buka 24 jam.

Maaf-maaf-maaf.

Banyak pengalaman-pengalaman aku yang agak kelakar la masa kerja kat situ. Tapi aku suka yang ni.

Ok. Hari tu aku kerja shift malam aku tak tahu hari tu apa sebab aku dah lupa.

Malas nak ingat !

Aku tengah sapu sampah masa tu sambil usha 'awek-awek' kat luar kalau ada.

Aku terus sapu dan menyapu dengan hati yang gembira sebab shift aku dah nak habis.

Tiba-tiba ada seorang Mak Cik masuk dan tanya.

'Dik, ada nampak perempuan masuk sini dak tadi ?'

 'Ramai perempuan yang masuk sini Mak Cik. Rupa dia macam mana ?'

'Dia pakai tudung dik.'  (bunyi cengkerik)

 Aku cuba tolong tapi tak boleh.

Aku teruskan menyapu.

Monday 6 February 2012

Adat Tengok Bola !

Assalamualaikum,

Haa ! Macam mana hari ni ? Sihatkah you all ? Rambut aku dah ada peningkatan(sambil gelak ala-ala pontianak sambil tutup mulut).

Tak tanya pun !

Tak suruh tanya pun !

You all tengok tak bola semalam ? Chelsea lawan Man. United. You all minat team mana ?

Aku minat Messi !(bunyi sayu cengkerik)

Aku jujur !

Semalam aku pergi tengok bola kat kedai. Boleh tahan la orang. Ramai juga la(bawah 10 orang). Macam biasa la kan, mesti ada penyokong MU dengan penyokong Chelsea.

Bila seorang sokong MU dan seorang lagi sokong Chelsea mesti akan terjadi perli memerli antara mereka kan.

Apa yang aku nak luahkan untuk 'entry' kali ni adalah...(bunyi drum) ayat-ayat yang selalu kita dengar masa tengok bola ramai-ramai.

Aku tahu you all mesti selalu dengar and you all pernah juga guna ayat-ayat ni. Tak kira la yang semalam punya game or game yang dulu-dulu.

Yang tak pernah tu err..err..

Mengaku ja pernah !

Antara ayat-ayatnya :

  1. Masa Chelsea mendahului 1-0. Penyokong MU akan kata 'ala.. jangan suka sangat.. sat ja tu.. satgi MU potong balik..'
  2. Masa Chelsea mendahului 2-0. Penyokong MU akan kata ' ala.. banyak masa lagi ar bro.. lex lu.. Go MU !'
  3. Masa Chelsea mendahului 3-0. Penyokong MU akan kata ' Ta da rezeki la hari ni.. Jom balik !'
  4. Masa MU jaring gol 3-1. Penyokong Chelsea akan kata ' ala.. baru satu.. lagi dua biji.. sempat ka ?'
  5. Masa MU jaring gol 3-2. Penyokong Chelsea akan kata ' ala.. gol penalti boleh la..'
  6. Masa MU jaring 3-3. Penyokong Chelsea 'Apa ni..! player nak main ka ta nak main..!'
  7. Full time. 'MU ta kan kalah !' 'Menang penalti bole la..!'
Ni la ayat yang selalu orang guna dan benda ni dah jadi satu adat kalau tengok bola.

Ok la dari tengok bola diam ja kan. Boring !

Tapi jangan sampai bergaduh sudah la.  

Ok geng ?

Sampai sini ja entry aku. Jemput la bergosip dengan aku dekat kotak shoutbox bawah tu. Aku baru ja letak.

Tak reti guna lagi.

Aku jujur ! Hidup Messi !

Friday 3 February 2012

Percaya Pada Diri !

Assalamualaikum,

Ni hao ma ?

Kalau sihat tu baguslah kalau yang tak sihat tu sama lah kita. Selsema boh ! Jangan lupa pesan gf/bf you all tu.

Makan ubat ! Jangan ketegaq(degil)!

Dah ! Habis merepek.

Hari ni aku nak tanya you all. You all pernah tak terjadi situasi macam ni.

Dalam kelas. Cikgu tanya satu soalan, lepas tu you all nak jawab tapi takut salah. So, you all diamkan diri. Bila cikgu bagi jawapan, jawapan yang you all nak jawab tadi tu betul.

Menyesal tak jawab kan.

Ni la yang aku nak cerita hari ni. Keyakinan diri.

You all mesti takut gila babi bila nak buat presentation kan ? Kan-kan ? Lagi-lagi depan orang ramai.

Maksud aku ramai gila babi.

Sebelum buat presentation, Yassin tiga kali ulang(hiperbola). Cuba tutup perasaan takut sebab nak cover kemachoan. Dah berdiri kat depan. Pengsan.

Hiperbola !

Banyak la antara kita termasuk aku sendiri kurang keyakinan diri tu. Kenapa dan mengapa ?

Antara punca yang paling ketara. Segan dan malu. Bila semua orang diam dan tengok kita buat presentation kat depan.

Dan cara nak dapatkan keyakinan diri tu. Bagi aku, cuba buat persediaan dari awal. Fahamkan apa yang kita nak present tu sampai betul-betul faham. Try la !

Kalau tak berhasil. Jangan cakap siapa suruh try. Diam sudah !

Cuba la try cara lain pulak.

Ok geng ?

Aku tahu. You all mesti suka orang sembang-sembang bising-bising masa you all present kat depan. So, you all tak takut sebab orang tak tumpu perhatian sangat kat you all. Kan ?

Aku pun suka !

Suka gila babi.

Thursday 2 February 2012

KENAPA ?!

Assalamualaikum,

Haa ! Tudia abang botak update blog dia. Kenal tak siapa si botak ni ? Cuba teka ?

Teet ! Salah. Bukan Brad Pitt.

Botak tu aku la ! Ni image aku buat sementara waktu(sementara menanti ketumubuhan rambut). 

Ok jujur ! Aku tak nak orang kecewa sebab tak nampak Angelina Jolie.
(bunyi cengkerik berkeliaran)

Hari ni aku nak memberitahu sesuatu perkara yang selalu kita tanya KENAPA?

Aku tahu pertanyaan ni pernah terjadi kat you all. Dan pernah menjadi tanda tanya serta pertanyaan kepada you all termasuk aku tak kira la masa sekolah rendah or menengah.


i)KENAPA subjek kimia ni wujud ? Susah gila !!
ii)KENAPA rambut kena pendek ? Kalau rambut panjang tak failed SPM pun.
iii)KENAPA kena belajar add math ? Kalau pergi beli sayur tak guna formula pun nak kira harga.
iv)KENAPA tak boleh couple ? Tak kacau rumah tangga cikgu disiplin pun.
v)KENAPA kelas tak buat malam ? Pagi orang nak tidur la.(time sekolah)
vi)KENAPA orang tua-tua selalu pandang rendah kalau kimia dapat D ? Try jawab tengok paper kimia tu.
vii)KENAPA lelaki tak hensem dapat perempuan cantik ? Dunia dah terbalik ka.
viii)KENAPA kecil-kecil tak nak mampus ? Dah besar bikin orang susah ja.

Yang last tu err.. err.. no coment.

Banyak lagi ar. Tapi aku malas nak tulis. Ok-ok ! Aku mengaku !

Aku tahu sampai nombor 8(viii) ja tulisan roman tu. Pilihan jawapan selalu sampai 4(iv) ja.

KENAPA cikgu tak ajar aku nombor roman ?

KENAPA ?!

Tuesday 31 January 2012

Hari Keluarga DPIM !

Assalamualaikum,

Hah ! Dapat juga aku update blog setelah sekian lama. Dah bertikus dah blog ni(orang selalu letak dah berhabuk). Aku lain.

Maaf ya sebab lama tak update !

Maaf-maaf-maaf !

Ok ! Hari ni aku nak kongsi dengan you all pasal Hari Keluarga DPIM. Bagi yang tak tahu apa tu DPIM. Ia adalah Diploma plantation management(kalau tak silap la).

Serius ! Best bro.

Memang boleh mengeratkan hubungan dengan senior-senior dan junior-junior. Serius !

Tapi aku malang sikit ar hari tu. Dengan berpakaian bersaiz small sebab tersalah pilih saiz aku 'keringkan' diriku memakai pakaian tu sebab dah bayar.

Aku menyesal.

Habis bermonolog ! Aku nak tunjuk gambar-gambar yang sempat diambil. Jeng-jeng !

Budak-budak sem 2 DPIM !

Pengacara yang berjaya mengacarakan majlis ni dengan jayanya !
 
Nampak happy kan ? :P

Ni la senior-senior yang paling senior !

Tiga dara pingitan Ekin, Ain, Kulat !

Kaum-kaum Adam sem 2 !

Siapa kata budak ladang tak comel ?!

Chesee :D !

Geng-geng yang sporting gitu !

Kawan aku. Kemod. Keymod bukan kemut(cara sebutan yang betul) ! :P
 
 

Yah ! Puas cuci mata ? 
 
Aku tunjuk gambar-gambar ni bukan apa. Cuma nak bagitahu, ada banyak cara nak mengeratkan hubungan sesama kita tak kira la antara senior ataupun junior. Salah satunya, buat 'event' macam ni. 

Memang berkesan ! Serius !

Aku bangga jadi warga DPIM ! 

Serius !

Wednesday 25 January 2012

Santai bersama Kawan-kawan ! #1

Assalamualaikum.

Tak jawab dosa, jawab tanda sayang(ayat maria elena).

Ok, aku minat mata dia ! Dia comel, cute..

Enough about maria elena !

Hari tu aku ada cakap aku nak pergi tasik Darulaman tapi malangnya hajat tak tercapai. Sedih kan ?

Tapi, aku pergi juga tempat yang ada tasik. Kembali gembira. Yeay !

Tempat tu 'not bad' la. Banyak la awek yang comel-comel joging kat situ. Ada juga 'couple' yang bercouple kat tepi tasik sambil baling roti bagi ikan makan.

Maybe dia nak tunjuk dia seorang yang prihatin terhadap haiwan kot.

Ok, aku kagum dengan dia sebab cuba nak kagumkan pasangan dia.

Antara gambar-gambar yang aku sempat 'shoot'.
Aku pelik kenapa dia tak terangkat. Graviti bumi semakin kuat !

Ni member aku Pit, Paan, Jan. Ok, they look cool right ?

Comment are disabled !

Yeah ! Aku 'loser' dalam bab posing-posing ni.

Ok! tu saja gambar aku. Nak lebih tengok kat FB aku. Promote nampak !

Whatever !

Pasti Tidur Nyenyak !



jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima
aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati
(Reff)
berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku
(Reff)

Siapa-siapa yang tengah tidur tapi tak boleh tidur(betul ka ayat aku ni). Dengar lagu ni sambil penjam mata bayangkan aku yang menyanyi. Cormfom.

Menyesal. Enjoy !

Monday 23 January 2012

Kenapa perlu SINGLE !





Kenapa gambar ni ? Apa kena mengena gambar ni dengan SINGLE ? You all ni, tak ada unsur-unsur seni la dalam diri tu.

Ni sebenarnya gambar candit(ejaan macam salah). Aku tak tahu pun abang aku ambil gambar. Masa ni aku tengah usha awek sambil buat bunyi tikus panggil awek tu.

Nampak tak maksud disebalik gambar tu yang menggambarkan aku SINGLE.

Ok. Aku tahu. Tak lawak.

Lupakan. Jangan ingat !

Tapi serius, aku SINGLE.

Malam ni aku nak kongsi kenapa atau sebab-sebab SINGLE itu best :


  1. Tak perlu risau dimarahi kalau kita letak gambar profil(profile picture) berseorangan tanpa si dia.
  2. Tak perlu susah payah delete mesej di inbox anda.
  3. Tak perlu memikir alasan yang you all perlu beri kalau terKANTOI tukar password FB.
  4. Tak perlu mengupdate kepada si dia di mana dan ke mana you all pergi. Setiap SAAT !
  5. Tak perlu mengarang mesej yang panjang dengan hanya bermotifkan nak ucap selamat malam, nak tidur.
  6. Tak perlu risau kalau you all tertidur tanpa beritahu(dah nama pun tertidur).
  7. Boleh balik selepas magrib(kepada kaum adam saja).

...dan banyak lagi. Siapa yang tengah couple tu tahu la.

Aku dah lupa sebab dah lama tak couple. Betul !

Tak percaya sudah, balik-balik kena ludah !

Apapun, aku tak kata COUPLE tu tak best.

Terletak pada diri you all lah bagaimana you all menilai benda tu. Kan ?

Aku cuma belum bersedia untuk berpasangan ni. Well, belajar lagi kan. Susah nak bahagikan masa belajar nanti.

Ok ! Aku mengaku.

Tak laku. Puas hati ?

Saturday 21 January 2012

Hobi ikut Musim !

Assalammualaikum,

Haa ! Malam ni aku bukan nak cerita pasal Chinese New Year ataupun kenapa bunyi mercun tak berhenti dari pagi tadi.(sengaja buat italic sebab tak suka buat bold)

Aku minta maaf kat siapa yang mengharap yang dia harap aku akan cerita pasal benda yang dia harapkan.

Tak faham, diam !

Sebelum tu, you all semua ada hobi kan ? Tak kira la hobi apapun. Betul tak kalau aku kata, hobi you all tak kekal lama. Maksud aku, berubah hobi.

Tak faham, diam !

Macam aku dulu, mula-mula

Kereta DASH,
Kereta control,
Panjat pokok ambil daun, lepas tu baling ke atas(bajet ala-ala salji turun) sambil pusing-pusing.

Biar aku teka, dulu you all mesti pernah 'berhobikan' main kad pokemon. Kan ?


 Masa musim dia, pantang nampak kad pokemon mesti beli. Ya la. Nak cari kad Lugia. Pokemon paling kuat tu.

Dah habis musim, semua pokemon masuk dalam kandang(tong sampah).

Dan, datang pula musim kereta control. bla, bla, bla, bla. Habis pulak hobi main kereta control.

Tapi tak buang la dalam tong sampah.

Dan macam-macam lagi la hobi yang jadi hobi you all dulu-dulu. Kan ?

Apapun, tengok simbol kat pintu tandas sebelum masuk.(tak ada idea untuk ending)

Thursday 19 January 2012

Shopping Time !

Amacam ? Barang aku shopping semalam.

Semua ni FREE kot ! Percaya ? Tak percaya sudah, balik-balik kena ludah(ayat masa zaman aku cute dulu).

Bukan boros. Cuma menghargai pemberian orang. Guna dengan sebaik-baik mungkin !

Bak kata 'lecterur' aku, alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke ketiak masam. Bukan aku kata.

Tak percaya sudah balik-balik kena ludah.

First time dalam hidup aku shopping macam ni. Serius ! Banyak tak banyak ar aku shopping. Resit sampai hujung kaki.(bunyi cengerik sayu kedengaran)

Hiperbola la !

Barang-barang yang aku ambil semalam barang-barang yang aku tak mungkin aku ambil kalau kena bayar.
Faham tak ?

Ni barang-barang yang aku berjaya shopping.

Mama, jangan marah nah. Bukan selalu. :P

Monday 16 January 2012

Loghat Membataskan Kita ?

Haa ! Tudia panaih topik haqi ni. Hampa qasa cam mana. Topik haqi ni serius sikit.

Atas tu contoh loghat UTARA. Boleh faham lagi kan ? Yang tu cara orang yang dekat dengan bandar cakap. Kalau orang utara belah pendalaman cakap. Peeh ! Orang utara sendiri pun 'ternganga'. Haha

Banyak jugak la aku tengok dan pengalaman aku sendiri. Orang kedah tak becampur dengan orang kelantan tak bercampur dengan orang KL. Jadi macam berkelompok.

Kedah dengan budak-budak kedah ja.(contoh)

Kenapa macam tu ? 'mana daknya, aku cakap Kedah depa tak paham. Aku cakap KL nanti geng aku kata aku lupa diri.'

Perlu ka kita perli kawan kita bila dia cakap loghat selatan or mana-mana ?

Memang la tu loghat kita, tempat kita lahir. Tapi, kita cakap loghat yang nak bagi senang orang luar faham apa kita cuba nak sampaikan kat dia. Tapi kena sesuaikan dengan masa dengan tempat la.

Kat mana pun kita, Kedah, Perak, Kelantan, Johor or Sabah sekalipun kita tetap satu negara.




Jangan pulak dah balik Kedah pun, still dok cakap KL lagi. Memang bahan la kan. Haha !

Saturday 14 January 2012

Misteri Buat Aku Musykil !

Assalamualaikum. Tak jawab dosa(ayat selalu guna kalau nak tackle awek). Euuwww ! 

Ok-ok ! Aku bukan nak cerita pasal adab bagi salam atau tips-tips tackle awek.  Aku bukan coach bola sepak.

Hari ni aku nak 'story' pasal rumah tradisional yang berlantaikan papan, rumah kampung la senang cerita. Rumah tu dekat dengan rumah sewa aku.

Hari-hari aku pergi kelas memang lalu depan rumah tu. Rumah tu macam 'scary' jugak la. Seram dan misteri !

Misteri yang tak mungkin aku dapat tahu kebenaran dia selagi la aku tak tanya tuan rumah tu sendiri.

Jeng-jeng-jeng.

Aku selalu terfikir.

Kenapa dia buat macam tu ?
Apa motif sebenar dia buat macam tu ?
Dia tak takut ka ?
Dia tak terfikir ka apa yang aku fikir pasal kenapa dia terfikir na buat macam tu ?

*p/s  'dia' merujuk kepada tuan rumah.

Aku musykil ! Aku nak hampa musykil jugak. Hahaha. Nah! Ni rumah tu


Tolong la 'anybody' bagi aku jawapan. Kenapa ?!!

Tuesday 10 January 2012

Yea ! Ujian !

Yeah ! Ada ujian. Tak sabar! Wohhooo !

La, ada test pun 'excited' ka ? mesti hampa tanya macam tu kan.

Ramai orang akan jadi macam aku(excited nak ambil ujian) dan ramai akan tertanya-tanya kenapa ramai 'excited' bila ada test kalau lecterur/cikgu hampa bagitau apa yang masuk masa test nanti(satu per satu).

Itu la yang jadi kat aku sekarang. Tengah dengar jawapan(satu per satu). : P



Harap boleh jawab nanti. Hehe

Saturday 7 January 2012

Budak Kecik yang Matang !

Lama aku tak update blog(baru empat hari, lebih2). Yala, sekarang ni busy sikit. ok!

So, hari ni aku nak cerita pasal budak kecik yang berkulit hitam. Ya, hampa tau siapa kan? Bukan aku la ! Abang lagenda bola sepak negara !

Ok la. Aku budak tu. Puas hati ?

Aku nak cerita pasal aku masa kecik-kecik dulu. Dulu aku suka sangat tengok cerita ni.




   







Ya ! Dragonball Z. Tapi sampai sekarang aku tak tau macam mana nak 'pronounce' Z tu, bunyi dia 'zek' ataupun 'zee'. Kenapa tak tanya orang? Sebab ego aku tinggi ! : P

Cerita ni setiap hari sabtu dengan ahad. Orang Kedah cuti jumaat dengan sabtu. So, aku terlepas lah tengok untuk hari ahad punya.

Dengan itu, aku akan cuba cari jalan nak ponteng hari tu. Salah satunya, aku pusing-pusing setempat sampai pening pastu muntah then, bagitau mama aku menghidap pening kepala yang dasyat. Mama tengok sambil kata 'ala, cian nya anak mama ni(tangan kat bahu mata pandang atas)'. Aku GAGAL !

Nak tutup malu aku sebab terlalu 'LOSER' dalam bab2 menipu ni.

Aku salahkan negeri sendiri. Kenapa cuti hari jumaat, sabtu kenapa bukan sabtu, ahad?

Matangnya budak hitam ni.

Wednesday 4 January 2012

Peeh..!

Peeh! saja buat terkejut. huu. tapi benda yang aku na tunjuk ni maybe agak terkejut la. Tak tau la apa reaksi hampa.

Maybe hilang akal selama 10 saat,
makan nasi guna tangan kiri,
kentut tanpa henti,
hisap rokok daun satu ikat sekali gus
atau tengok langit sambil tertanya-tanya kenapa aku tengok langit.

macam ngeri kan. So, sapa yang takut tu jangan tengok. Nasihat keras!

Aku nak tunjuk satu gambar yang di ambil oleh pengambil gambar dan gambar tu di nobatkan gambar paling mahal di dunia dan harga dia 4,338,500 dolar!! 

hah! ni gambar dia.

Amacam ?
 

Sunday 1 January 2012

Budak baru yang dungu !

Yea..! aku la budak tu.. Budak baru dalam dunia blogging ni.. kenapa dungu..? sebab aku agak jahil lagi sekarang ni(terasa diri sebesar cengkerik).. hee..

Masa aku muda2 dulu aku tak tau pon pasal blog2 ni.. Aku ingat artis2 ja yang ada blog.. aku ta tau pun apa guna benda tu..

Sampai la satu hari "bangcik(nama panggilan manja aku kat rumah) tengok blog ni.. lawak gila kot".. lepas tengok blog tu baru sekarang aku buat blog(selepas 3 tahun).. huhu

Aku rasa benda ni jadi kat sesetengah budak2 yang baru buat blog..

terasa diri 'Syok Sendiri'..
bila suruh tinggalkan 'comment'.. habuk pon ta dak..
kena perli dengan rakyat sekeliling..
 paksa orang jadi follower..
makan,tidur,mandi dengan blog..

Aku pun tergolong antara tu.. hehe.. apa pun 'think positive'..  kalo orang lain boleh aku pun BOLEH..!

Oops..!  mama aku dah marah.. balik joging terus update blog..  mandi pun dak lagi.. tak senonoh sungguh..! hehe..  chaww.. see ya..! Assalamualaikum..

*p/s untuk mama : jangan marah nanti lagi banyak tumbuh rambut putih.. hehe

Happy New Year..!

Happy new year..! da 2012 suda.. aku taw hampa mesti da na temuntahkan dgn ayat ni.. 'hepy new year suma n bla.. bla..bla.. dan.. bla..'  hampir 90.46 % pengguna muka buku 'wish' dlm laman sosial sebelum jam 12 mlm.. yg lagi 9.54% ta dak internet kat rumah.. sebab tu depa ta 'wish'.. CC da tutup.. hehe.. ok la.. aku tipu ja.. aku ta taw pun suma tu.. lupakan..!
Yang pelik tapi benar.. napa awal muharam kita ta sambut meriah macam ni..? ada bunga api, konsert segala bagai.. aku bkn na jadi ustaz cuma na ingatkan saja.. hee : P
ok2.. staright to the point.. aku na habaq kat hampa semua apa yg jadi kat aku sepanjang tahun 2011..

Tahun 2011 aku dapat lesen motor.
Tahun 2011 2 kali aku accident(motor).
Tahun 2011 kaki aku hampir patah sebab berPARKOUR
Tahun 2011 aku putus cinta(sedih). : P
Tahun 2011 dapat tengok Najwa Latif LIVE!
Tahun 2011 aku kena pakai costum AYAM.
Tahun 2011 kecewa dengan result SPM.
Tahun 2011 dapat kawan baru.
Tahun 2011 kimia aku dapat A!

dan.. banyak lagi.. kenangan yang aku ta kan lupa.. agak sedih bila 2011 da pi(meraih simpati).. haha.. apa pun.. yang tak elok tu jadikan tauladan yang baik tu cuba contohi untuk tahun 2012.. : ) yaa.. chayookk..!



harap 2012 akan lebih ceria dan 'energetik'.. huhu : P