Saturday 30 November 2013

Mama, Umi, Mak, Ibu !

Assalamualaikum,

 You all apa khabar ?

Sihat ? Kalau yang sedang mengalami ketidaksihatan tu biasalah perubahan cuaca. 

Panas-hujan-panas !

Malam ni aku rasa nak 'naiktarikh' blog dengan suasana sedikit serius.

Kalau tak suka serius-serius.

Bagi suka jugak ! (serius)

Sebab aku nak cerita pasal orang yang paling penting dalam hidup kita semua.

Aku tertarik dengan satu gambar dekat mukabuku. Gambar tu tunjuk dari saat ibu mendukung anaknya sampai anaknya pula dukung ibu saat ketika ibu tu sakit tua.

Aku rasa ramai yang pernah tengok gambar tu.

Mendalam maksud dia.

Aku dah karang satu puisi untuk kita sama-sama renungkan.

Ibu.. Mak.. Mama...
Panggilan buat orang yang telah bertarung nyawa demi melahirkan seorang insan,
Insan yang bakal menjadi seorang yang berjaya, 
berkereta besar,
mempunyai rumah besar,
mempunyai hidup yang senang,
Itulah harapan beliau disaat kita diletakkan di atas dadanya buat pertama kali,
Itulah doa seorang ibu.

Pengorbanan seorang ibu tiada tandingnya,
Keluhan kepenatan tiada terlintas dalam hatinya disaat membesarkan kita,
Ingatkah kita siapa yang kita panggil ketika kita mempunyai masalah,
Ingatkah kita siapa yang kita jerit ketika kita dalam kesakitan,
Mama ! Mak !
Beliau tidak pernah jemu melayan kerenah kenakalan kita,
Tidak walaupun sedikit,
Kerana seorang ibu ingin memberikan yang terbaik,
Supaya kelak kita berjaya.

Tapi, 
di mana kita ketika kita senang ?
di mana kita disaat kita gembira ?
ingatkah kita kepada pesanan beliau ?
ingatkah kita kepada seorang insan mulia yang bernama ibu ?

Ingatlah,
ketika beliau sedang sakit,
jagalah beliau seperti beliau menjaga kita ketika kita demam,
Ingatlah,
ketika beliau sudah tak mampu untuk berjalan,
pimpinlah beliau sepertimana beliau memimpin kita ketika kita sedang belajar untuk berjalan,
Ingatlah,
Jika suatu hari nanti beliau sudah tiada,
Panjatkanlah doakanlah dengan sepenuh hati seperti mana beliau mendoakan kejayaan kita disaat melahirkan kita.


Kawan-kawan, hargailah ibu kita selagi beliau masih ada, selagi kita boleh melihat senyumannya. 

Hargailah jasa beliau dari dulu sampai sekarang sebab tiada apa yang boleh membalas jasa beliau kepada kita.

Tu la serba sedikit puisi aku karang tadi.

Bukan niat aku nak bagi you all sedih tapi sebagai nasihat ataupun peringatan kepada you all dan diri aku sendiri.

Bagi yang masih ada ibu tu, buatlah mereka tersenyum.

Bagi yang sudah tiada, doalah kesejahteraan beliau di sana.















Monday 4 November 2013

Cerita Pendek atau CERPEN !

Assalamualaikum,

Entry kali ni mungkin pendek dan ringkas.

Tapi PENTING !

Ok.

Selamat membaca.

Salam Maal Hijrah !435.

Fullstop.  : P