Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim, mula dengan bismillah, lebih
afdal.
Ok, kenal aku lagi ? Ingat-ingat lupa ? Tengok muka baru
kenal ? or sedang cuba untuk tak kenal ?
Apapun, dah dekat setahun aku tak naiktarikh blog aku ini.
SETAHUN ! Satu jangka masa yang agak lama.
Dah berkarat dah otak nak mengarang.
(bunyi cengkerik)
(30 minit duduk depan
skrin tak buat apa-apa)
Karat !
Sebenarnya aku sibuk sangat semenjak belajar kat tempat baru
ni. Huh? You all tak nak ambil tahu pun ?
Ok fine !
Yang tak nak ambil tahu tu keluar dari sini.
Jangan baca ! (emotional )
Haa, takut kan. Gurau aja. Aku bukan jenis panas baran.
Aku jenis gila-gila + comel-comel gitu.
Errr..
Tu bukan gurauan ! :P
Ok-ok. Entry aku kali ni aku nak cerita pasal benda yang
semua orang akan alami. Agak menyentuh jiwa dan raga.
Semua orang !
Haaaaa, agak-agak apa ya ? hah ! salah la jawapan tu Kak Ton.
Pertemuan dan perpisahan dalam persahabatan. Ini la yang aku
nak story.
Apa makna persahabatan bagi you all ? Segalanya ? Separuh ? Suku-suku
? Tak ada makna ?
Semua orang ada kawan kan. Semua orang ada kawan baik kan.
Semua itu mula dengan satu pertemuan. Betul ?
Bermula kat mana? Kebanyakanya bermula kat tempat belajar kan.
Tapi bukan selamanya kita belajar kat
tempat yang sama kan?
Kalau budak yang sebaya dengan aku dalam lingkungan 20-an kebanyakannya
dah nak habis belajar diploma dan budak matrik dah nak habis dah bagi yang
ambil setahun.
Agak-agak apa perasaan budak-budak ni ?
Mestilah excited sebab dah nak habis study. Kan-kan-kan.
Tapi masa yang sama
sedih nak tinggal kawan-kawan. Persahabatan yang dah terbina susah nak
runtuhkan tapi terpaksa berpisah.
Walaupun baru setahun kenal !
Memang la boleh contact tapi tak sama macam kita kat asrama
kat rumah sewa. Betul tak?
Suka tak suka itu lah yang kita kena hadapi. Semua orang rasa benda yang sama.
Nanti sambung belajar degree or master or pHd jumpa lagi
kawan-kawan baru dan benda yang sama akan berlaku.
Terpaksa berpisah.
So pesanan kepada budak-budak yang dah nak habis belajar :
- Fikir positif
- Kuatkan mental
- Menangis puas-puas masa hari last tu
- Pandang kehadapan
- Selalu skype dengan kawan-kawan(untuk pengguna internet berkelajuan tinggi sahaja)
Dan yang last,
Ingat ! Family kita sentiasa ada dengan kita ! : P
hang mesti sedih nak berpisah dengan aku time aku dah nak habis study nanti kan nik?
ReplyDeletehahahaha
:P
eh mna hang tau nih.. aaa.. maluuu(blushing).. haha
ReplyDelete