Thursday, 19 September 2013

Kenapa Cerita Indon Bersepah di Kaca TV Penduduk Malaysia !

Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia.

Selamat malam kepada seluruh warga bumi yang sudi baca 'belog' ni.

Ya ! Seluruh warga bumi !

Ok ! Aku sedar yang baca 'belog' aku ni hanyalah adik beradik aku sendiri dan segelintir budak-budak fixie yang tak dapat ikut konvoi malam-malam sebab mak marah.

Jangan kecewa adik-adik.

Adik-adik berada di 'belog' yang betul.

Tak apa, malam ni aku ada cerita best nak story kat you all.

Aku nak cerita pasal 'baca la tajuk kat atas tu'.

Best sangatkan !

SANGAT !

Apa yang best dengan cerita Indonesia ni ? Apa-apa-apa ?

Aku ada buat 'research' tentang hal ni.

Beberepa minggu lepas aku ada berjumpa dengan orang awam dan bertanyakan 'apa yang best dengan cerita-cerita indon?'(bagi nampak macam hebat)

Antara jawapan yang aku terima :

'Apa yang best dengan cerita Indonesia ni ?'

1.  Part yang terkejut akan dibuat 'slowmotion' sambil pelakon buat muka yang paling bengis.
2.  Sering buat benda yang tak patut dilakukan atau buat benda yang bodoh dalam erti kata yang lebih sopan. Sakit hati !
3.  Didera dan dibuli oleh mak tiri tetapi tidak melawan dan tidak terfikir untuk lari dari rumah kemudian menangis sebab tak dapat menanggung penderitaan.
4. Sering bercakap dalam hati sambil buat mimik muka yang sesuai dengan dialog.
5.  Orang gaji yang cantik.
6. Lelaki kaya dan hensem memilih untuk mengahwini orang gaji. Walaubagaimana susah sekali pun.
7. Mempunyai episod yang sangat banyak.

Tu la serba sedikit respon yang aku dapat dari orang awam.

Bagi aku kalau boleh tu banyakkan la drama dari industri seni kita sendiri.

Ada jugak 'job' untuk artis tanah air kita ni.

Cukup-cukup la dengan drama dari luar, dah puas dah tengok orang luar yang bukan warganegara.

Apapon.

Kan best kalau betul-betul pembantu rumah cantik-cantik.

Comfirm lagi ramai pendatang ! : P




Wednesday, 4 September 2013

Bila Kita Dapat Bola !

Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita pada malam yang dingin ini.

Dingin bagaikan makan 3 biji 'ceklat' hacks sambil minum air sejuk dan menarik nafas dalam-dalam melalui mulut.

Dapat bayangkan tak?

Dingin kan?

Kan-kan-kan?

Ok dah. Cukup bermetafora !

Back to bussiness.

Malam ni aku nak cerita salah satu keistimewaan orang Malaysia kita.Kenapa aku nak cerita ?

Nak tahu jawapan ?

Cuba tanya Ayu Raudhah kenapa dia kahwin dengan Zaquan Adha. Jawapan dia ada di situ.(krik krik)

You all pernah tengok perlawanan bola tak ? Siapa yang tak pernah tengok jangan bagitahu nanti aku sepak muka dia dalam slowmotion.

Kepada yang pernah tengok, kalau you all perasan bila player bola 'shoot' bola dan pergi ke arah penonton apa yang penonton tu akan buat dengan bola tu?

Jangan cakap suruh tanya Ayu Raudhah !

Penonton tu akan buat muka slamber, tengok kiri kanan sambil turunkan bola perlahan-lahan dengan niat nak tolong jagakan bola tu di rumah.

Tapi kebanyakan niat murni mereka tu tak berjaya.

Baru-baru ni kan ada konsert Metallica kat Kuala Lumpur. Lagu terakhir mereka, mereka lemparkan banyak bola hitam besar ke penonton supaya nampak cantik sebab bola tu akan ditolak ke atas oleh penonton.

Tapi..

Bola tu ditarik ke bawah dan terus lesap dimuka bumi. : D

Tengok la.

Monday, 2 September 2013

Minyak atau Bobo yang Mana Lebih Serabutkan Kepala ?

Assalamualaikum,

Holaa you all, apa khabar ? Harap-harap sihat laa.

Kalau tak sihat tengok video Bobo buat gwiyomi.

Comfirm !

Kena sawan babi.

Sempena menyambut Kemerdekaan yang ke-56 ni, aku ubah sikit penampilan blog ni.

Banyak actually.

Ok.

Banyak !

Aku pilih warna putih bukan apa, dengan harapan pembaca boleh membaca dengan ketenangan pada tahap maksima.

Maklum la sekarang kan semua tengah serabut pasal harga minyak naik. 

Aku janjikan ketenangan di sini tapi tak menjanjikan harga minyak akan turun.

Sebab aku bukan ahli politik.

Aku hanya manusia normal yang cuba meminati Bobo tapi tak berjaya.

Tak mungkin berjaya.

Mustahil !

Sebagai insan biasa kenapa kita perlu salahkan orang mentadbir NEGARA tanpa kita tahu hal sebenar.(tiba-tiba)

Ramai bijak pandai dalam negara kita yang hanya bijak berbicara tapi takut bila diberi tanggungjawab.
 
Sebagai contoh.

 Aku tak salahkan Bobo kenapa dia jadi macam tu dan sanggup buat video 'parody' yang sangat mencabar iman aku untuk menyepak mukanya laju-laju sambil botakkan rambut dia.

Maybe dia ada sebab dia sendiri kenapa dia buat macam tu.

Kita tak boleh menghukum seseorang membabibuta.

Aku bukan nak cerita pasal Bobo.

Cuma sebagai contoh untuk isu yang tengah serabutkan semua pengguna kereta dan mobil.

Pasal Bobo jangan serabut.

Nanti kena sawan babi !