Thursday 28 June 2012

Puisi ku Untukmu Kawan !

Assalamualaikum,

Haa, bertemu lagi kita di malam yang dingin lagi gelap ini. Apa selalu orang buat malam-malam ?

Aku tahu apa benda yang pertama terlintas dalam otak you all.

Tak senonoh !

Kalau orang tanya aku pun, aku fikir benda sama jugak.

Kita geng !

Selalunya waktu malam waktu orang layan 'feeling'.

Kan-kan-kan !

Contohnya, kenang kenangan dulu-dulu. Dengan kawan-kawan, awek-awek, binatang peliharan, bantal busuk.

Bila baring sorang-sorang. Pejam mata. Teringat semua benda tu. Mesti ada yang mengalirkan air mata walaupun teringatkan bantal busuk yang meraung apabila dibakar.

Hiperbola !

Nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum SPM. Aku ada tulis satu puisi.

Aku tulis sendiri !

Aku tujukan kat kawan-kawan aku. Ada jugak la yang menangis bila baca puisi tu.

Ni puisi yang aku tulis tu.

Sebelum baca.

Tutup lampu. Buka lagu yang sedih-sedih sambil baca puisi ni.

Hayati betul-betul.

Tanggal 20 Disember 2010,
Jam 4.00 petang,
Paper terakhirku tamat,
Perasaan gembira tidak tergambar,
Namun,
Dalam kegembiraan terputik kesedihan.

Sekolah yang dahulunya menjadi bebanku,
Kini,
Menjadi kenanganku selamanya,
Hari ini,
Hari terakhirku berpijak di kelas ini,
Hari ini,
Hari terakhirku berpijak di asrama ini,
Hari ini,
Hari terakhirku melihat tawa mesra rakan-rakanku,
Hari ini,
Hari terakhirku bergelar pelajar Sekolah Menengah Teknik Langkawi.

Rasa sebak di dada malu ku luahkan,
Lepas ni,
Bangun dari tidur tiada lagi kelihatan wajah-wajah rakanku,
Tiada lagi kedengaran bingitan hon subuhku,
Tiada lagi kedengaran suara rakanku,
'oi.. dah pukul 7.. bangun..!'
Semuanya hanya tinggal kenangan.

Kenangan yang hanya terpahat dihati,
Yang tak mungkin berulang lagi.

Inilah puisi yang aku tulis masa aku Form 5 dulu.

Kenangan aku dengan kawan-kawan takkan pernah hilang.

Cukup-cukup la tu nangis.

Buruk benor muka ! : P

7 comments: