Monday, 23 January 2012

Kenapa perlu SINGLE !





Kenapa gambar ni ? Apa kena mengena gambar ni dengan SINGLE ? You all ni, tak ada unsur-unsur seni la dalam diri tu.

Ni sebenarnya gambar candit(ejaan macam salah). Aku tak tahu pun abang aku ambil gambar. Masa ni aku tengah usha awek sambil buat bunyi tikus panggil awek tu.

Nampak tak maksud disebalik gambar tu yang menggambarkan aku SINGLE.

Ok. Aku tahu. Tak lawak.

Lupakan. Jangan ingat !

Tapi serius, aku SINGLE.

Malam ni aku nak kongsi kenapa atau sebab-sebab SINGLE itu best :


  1. Tak perlu risau dimarahi kalau kita letak gambar profil(profile picture) berseorangan tanpa si dia.
  2. Tak perlu susah payah delete mesej di inbox anda.
  3. Tak perlu memikir alasan yang you all perlu beri kalau terKANTOI tukar password FB.
  4. Tak perlu mengupdate kepada si dia di mana dan ke mana you all pergi. Setiap SAAT !
  5. Tak perlu mengarang mesej yang panjang dengan hanya bermotifkan nak ucap selamat malam, nak tidur.
  6. Tak perlu risau kalau you all tertidur tanpa beritahu(dah nama pun tertidur).
  7. Boleh balik selepas magrib(kepada kaum adam saja).

...dan banyak lagi. Siapa yang tengah couple tu tahu la.

Aku dah lupa sebab dah lama tak couple. Betul !

Tak percaya sudah, balik-balik kena ludah !

Apapun, aku tak kata COUPLE tu tak best.

Terletak pada diri you all lah bagaimana you all menilai benda tu. Kan ?

Aku cuma belum bersedia untuk berpasangan ni. Well, belajar lagi kan. Susah nak bahagikan masa belajar nanti.

Ok ! Aku mengaku.

Tak laku. Puas hati ?

2 comments:

  1. Betul, single memang best pun, tak perlu susah hati :D

    KITA GENG !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah !! setuju-setuju..

      sapa single dia ROCK!!! :P

      Delete