Monday, 27 February 2012

Terpaksa Menipu Sebab Aku Nak Kerja !

Assalamualaikum,

Haa ! Panjang betul tajuk hari ni.

Aku habiskan 30 minit fikir pasal nak tulis tajuk. Aku lemah dalam penulisan tajuk ni.

Sangat lemah !

So, jangan tanya kenapa tajuk aku panjang !

Ok.

Apa aku nak cerita hari ni. Pengalaman aku masa nak minta kerja dulu.

Sebenarnya aku tak nak ingat sebab rasa bersalah tu ada lagi dalam diri ni. Rasa bersalah sebab menipu kakak yang muka dia ala-ala Ayu Raudhah.

Cun !

Ok-ok !

Aku jalan-jalan dengan niat nak cari kerja dengan berisi hanya RM 2 dalam poket. Tiba-tiba aku nampak kedai 'Watsoon'. Orang kata gaji kat 'Watsoon' ni mahal so aku cuba minta kerja kat situ, tapi aku diselebungi perasaan malu yang amat dasyat.

Baru aku sedar.

Aku pemalu !

Aku cuba nak hilangkan rasa malu dengan beli air dalam 'Watsoon' yang berharga RM 1.90 supaya aku boleh tanya 'ada kerja kosong tak ?' masa bayar.

Poket aku sekarang berisi RM 0.10 !

Damn !

Masa aku bayar aku tenung mata kakak tu. Hati aku berdebar. Bulu roma aku meremang. Dengan tenang, aku keluarkan ayat-ayat indah, 'kak, ada kerja kosong tak ?'

'Ada !' , ‘Adik nak minta kerja ka ?’ soalan yang separa pandai ditanya kepada aku.
Aku anggukkan kepala aku sambil buat muka ‘cute’.
‘Adik ambil borang ni adik isi, ni pen !’
‘Saya tau ni pen kak.’
‘Akak tau adik tau ni pen, ambil pen ni isi borang tu,’ aku cuba tak nak kenal siapa aku.

Malu !

Aku cuba kagumkan kakak tu dengan isi borang tu dengan bersungguh-sungguh.

‘Adik, nak kerja full time ka part time?’
‘Full time kak.’ Penipuan pertama aku.
‘Adik dah tak nak sambung belajar ka? Result trial adik boleh tahan.’
‘Tak sambung kot, saya rasa rezeki saya kat sini,’ aku buat mimik muka sedih.
 Aku terpaksa.
‘Kalau adik ditawarkan belajar nanti, adik rasa adik nak pergi tak ?’
‘Saya orang susah kak , tak mampu,’ aku buat muka sedih dengan penuh keyakinan.
‘Ya ka adik ? Ok-ok, adik balik dulu. Nanti apa-apa kami call.’
‘Terima kasih kak.’ Aku berjalan keluar dari ‘Watsoon’ sambil tunduk ke bawah.
Aku balik dengan perasaan yakin yang aku akan dapat kerja tu. Selepas dua minggu, aku tak terima apa-apa call pun.
Aku mula putus asa.
Aku menyesal sebab menipu kakak ‘cun’ tu.

Moral of the stroy, jangan menipu kalau nak buat apa-apa.

Tak berkat !

Tak salah pun kalau kita jujur. Kalau rezeki kita dapat la apa yang kita nak tu.

Ok geng ?

Peeh.

Aku rasa ni ending terbaik aku.

Aku tipu !

Thursday, 23 February 2012

Aku Tak Suka Bila Aku Selsema !

Assalamualaikum,

Sehari ni aku selsema. Aku tak suka !

Aku betul-betul tak suka.

Damn !

Bila aku selsema. Banyak benda aneh yang memalukan jadi kat aku.
  1. Aku bersin tanpa henti dalam masa 30 saat.
  2. Hingus meleleh dengan sendirinya.
  3.  Aku tutup hidung bila cakap dengan orang dan orang tu akan kata 'mulut aku busuk ka ?'.
  4. Dituduh menangis. Damn !
  5. Kena tegur dengan kawan-kawan 'cover sikit taik hidung tu !'
  6. Aku garu hidung dan dituduh korek hidung.
Masa aku kecil-kecil dulu, aku pernah cuba bagi hilang selsema.

Dengan cara picit hidung biar hingus keluar. Sebab aku ingat bila hingus habis baik la selsema aku(bijak).

Kebetulan, masa tu ada cerita National Geographic, cerita pasal selsema. Aku tengok sambil picit hidung, aku letak mangkuk bawah hidung aku dengan harapan hingus aku akan habis tak lama lagi dan selsema aku akan baik.

Aku yakin dengan harapan aku !

Tiba-tiba, cerita National Geographic tu cerita fakta pasal selsema. Aku teruja nak tengok.

Dia cakap 'hingus manusia mampu memenuhi 7 tub mandi dan akan terus menitis'.

Wow !

Aku tergamam.

Aku tengok mangkuk, aku tengok tub mandi.

Aku lepaskan hidung aku perlahan-lahan.

Harapan aku hancur.

Musnah !

Damn National Geographic ! 

Sunday, 19 February 2012

Bila Diri Dah Bosan !

Dengan bertemankan segelas air kosong di sebuah kedai yang mempunyai internet tanpa wayar.

Aku duduk sambil menghadap komputer riba yang kehilangan salah satu skrunya.

Sambil dipandang oleh tuan kedai sebab menggunakan perkhidmatan internet tanpa wayar di kedainya dengan hanya segelas air kosong sebagai bayaran.

Aku melakukan mimik muka selamber dengan niat menutup malu sambil melihat laman muka buku aku dengan perasaan duka kerana bilangan rakan yang suka status aku tidak sebanyak Lisa Surihani mahupun Scha Al Yahya.

Aku cuba fikir apa kaitan tuan kedai dengan laman muka buku aku dan apa niat sebenar aku naiktarikh(update) laman blog aku.

Aku bosan.

Thursday, 16 February 2012

Pengalaman Yang Buat Aku Rasa Nak Bunuh Diri !

Assalamualaikum,

Aku malu-malu-malu.

Malu !

Pengalaman ni sebenarnya baru saja jadi. Sehari yang lalu. Baru lagi kan ? Masih 'fresh' di ingatan yang aku cuba lupakan.

Tapi fresh lagi !

Malam tu ada 'event' kat kolej. Hampir semua pelajar kolej join. Aku salah seorang. Aku datang pun bersebab. Nak ambil hadiah.

Bangga !

Dengan hati yang semangat aku pergi. Masa tu gelap(sebab tutup lampu) tapi ada cahaya lilin sekeliling dewan. Tempat depan penuh. Aku duduk belakang sekali. Aku duduk atas kerusi yang 98% sebelah kaki dia dah patah.

Aku tahu patah.

Aku duduk jugak sebab aku yakin aku tak akan jatuh.

Tiba-tiba, ada pertunjukan bunga api dari arah belakang. Semua student tengok belakang sebab nak tengok bunga api tu.

SEMUA student tengok !

SEMUA !

Tiba- tiba secara tak sengaja 100% kaki kerusi tu patah. Aku jatuh.

Tersungkur !

Yes !

Aku bangun dengan penuh 'cover' dan jalan 'laju-laju' pergi dari tempat tu.

Buat pertama kali,

Aku bersyukur aku hitam.

Saturday, 11 February 2012

Pengalaman Bekerja di Kedai Serbaneka 24 jam !

Assalamualaikum,





Gambar kat atas tu tak ada kena mengena dengan apa yang aku nak cerita hari ini. So..

Abaikan !

Jangan tengok !

Aku nak cerita pengalaman aku kerja kat kedai yang beroperasi 24 jam tu. Aku tak cerita pasal berapa bil elektrik dia untuk sebulan or kenapa dia buka 24 jam.

Maaf-maaf-maaf.

Banyak pengalaman-pengalaman aku yang agak kelakar la masa kerja kat situ. Tapi aku suka yang ni.

Ok. Hari tu aku kerja shift malam aku tak tahu hari tu apa sebab aku dah lupa.

Malas nak ingat !

Aku tengah sapu sampah masa tu sambil usha 'awek-awek' kat luar kalau ada.

Aku terus sapu dan menyapu dengan hati yang gembira sebab shift aku dah nak habis.

Tiba-tiba ada seorang Mak Cik masuk dan tanya.

'Dik, ada nampak perempuan masuk sini dak tadi ?'

 'Ramai perempuan yang masuk sini Mak Cik. Rupa dia macam mana ?'

'Dia pakai tudung dik.'  (bunyi cengkerik)

 Aku cuba tolong tapi tak boleh.

Aku teruskan menyapu.

Monday, 6 February 2012

Adat Tengok Bola !

Assalamualaikum,

Haa ! Macam mana hari ni ? Sihatkah you all ? Rambut aku dah ada peningkatan(sambil gelak ala-ala pontianak sambil tutup mulut).

Tak tanya pun !

Tak suruh tanya pun !

You all tengok tak bola semalam ? Chelsea lawan Man. United. You all minat team mana ?

Aku minat Messi !(bunyi sayu cengkerik)

Aku jujur !

Semalam aku pergi tengok bola kat kedai. Boleh tahan la orang. Ramai juga la(bawah 10 orang). Macam biasa la kan, mesti ada penyokong MU dengan penyokong Chelsea.

Bila seorang sokong MU dan seorang lagi sokong Chelsea mesti akan terjadi perli memerli antara mereka kan.

Apa yang aku nak luahkan untuk 'entry' kali ni adalah...(bunyi drum) ayat-ayat yang selalu kita dengar masa tengok bola ramai-ramai.

Aku tahu you all mesti selalu dengar and you all pernah juga guna ayat-ayat ni. Tak kira la yang semalam punya game or game yang dulu-dulu.

Yang tak pernah tu err..err..

Mengaku ja pernah !

Antara ayat-ayatnya :

  1. Masa Chelsea mendahului 1-0. Penyokong MU akan kata 'ala.. jangan suka sangat.. sat ja tu.. satgi MU potong balik..'
  2. Masa Chelsea mendahului 2-0. Penyokong MU akan kata ' ala.. banyak masa lagi ar bro.. lex lu.. Go MU !'
  3. Masa Chelsea mendahului 3-0. Penyokong MU akan kata ' Ta da rezeki la hari ni.. Jom balik !'
  4. Masa MU jaring gol 3-1. Penyokong Chelsea akan kata ' ala.. baru satu.. lagi dua biji.. sempat ka ?'
  5. Masa MU jaring gol 3-2. Penyokong Chelsea akan kata ' ala.. gol penalti boleh la..'
  6. Masa MU jaring 3-3. Penyokong Chelsea 'Apa ni..! player nak main ka ta nak main..!'
  7. Full time. 'MU ta kan kalah !' 'Menang penalti bole la..!'
Ni la ayat yang selalu orang guna dan benda ni dah jadi satu adat kalau tengok bola.

Ok la dari tengok bola diam ja kan. Boring !

Tapi jangan sampai bergaduh sudah la.  

Ok geng ?

Sampai sini ja entry aku. Jemput la bergosip dengan aku dekat kotak shoutbox bawah tu. Aku baru ja letak.

Tak reti guna lagi.

Aku jujur ! Hidup Messi !

Friday, 3 February 2012

Percaya Pada Diri !

Assalamualaikum,

Ni hao ma ?

Kalau sihat tu baguslah kalau yang tak sihat tu sama lah kita. Selsema boh ! Jangan lupa pesan gf/bf you all tu.

Makan ubat ! Jangan ketegaq(degil)!

Dah ! Habis merepek.

Hari ni aku nak tanya you all. You all pernah tak terjadi situasi macam ni.

Dalam kelas. Cikgu tanya satu soalan, lepas tu you all nak jawab tapi takut salah. So, you all diamkan diri. Bila cikgu bagi jawapan, jawapan yang you all nak jawab tadi tu betul.

Menyesal tak jawab kan.

Ni la yang aku nak cerita hari ni. Keyakinan diri.

You all mesti takut gila babi bila nak buat presentation kan ? Kan-kan ? Lagi-lagi depan orang ramai.

Maksud aku ramai gila babi.

Sebelum buat presentation, Yassin tiga kali ulang(hiperbola). Cuba tutup perasaan takut sebab nak cover kemachoan. Dah berdiri kat depan. Pengsan.

Hiperbola !

Banyak la antara kita termasuk aku sendiri kurang keyakinan diri tu. Kenapa dan mengapa ?

Antara punca yang paling ketara. Segan dan malu. Bila semua orang diam dan tengok kita buat presentation kat depan.

Dan cara nak dapatkan keyakinan diri tu. Bagi aku, cuba buat persediaan dari awal. Fahamkan apa yang kita nak present tu sampai betul-betul faham. Try la !

Kalau tak berhasil. Jangan cakap siapa suruh try. Diam sudah !

Cuba la try cara lain pulak.

Ok geng ?

Aku tahu. You all mesti suka orang sembang-sembang bising-bising masa you all present kat depan. So, you all tak takut sebab orang tak tumpu perhatian sangat kat you all. Kan ?

Aku pun suka !

Suka gila babi.

Thursday, 2 February 2012

KENAPA ?!

Assalamualaikum,

Haa ! Tudia abang botak update blog dia. Kenal tak siapa si botak ni ? Cuba teka ?

Teet ! Salah. Bukan Brad Pitt.

Botak tu aku la ! Ni image aku buat sementara waktu(sementara menanti ketumubuhan rambut). 

Ok jujur ! Aku tak nak orang kecewa sebab tak nampak Angelina Jolie.
(bunyi cengkerik berkeliaran)

Hari ni aku nak memberitahu sesuatu perkara yang selalu kita tanya KENAPA?

Aku tahu pertanyaan ni pernah terjadi kat you all. Dan pernah menjadi tanda tanya serta pertanyaan kepada you all termasuk aku tak kira la masa sekolah rendah or menengah.


i)KENAPA subjek kimia ni wujud ? Susah gila !!
ii)KENAPA rambut kena pendek ? Kalau rambut panjang tak failed SPM pun.
iii)KENAPA kena belajar add math ? Kalau pergi beli sayur tak guna formula pun nak kira harga.
iv)KENAPA tak boleh couple ? Tak kacau rumah tangga cikgu disiplin pun.
v)KENAPA kelas tak buat malam ? Pagi orang nak tidur la.(time sekolah)
vi)KENAPA orang tua-tua selalu pandang rendah kalau kimia dapat D ? Try jawab tengok paper kimia tu.
vii)KENAPA lelaki tak hensem dapat perempuan cantik ? Dunia dah terbalik ka.
viii)KENAPA kecil-kecil tak nak mampus ? Dah besar bikin orang susah ja.

Yang last tu err.. err.. no coment.

Banyak lagi ar. Tapi aku malas nak tulis. Ok-ok ! Aku mengaku !

Aku tahu sampai nombor 8(viii) ja tulisan roman tu. Pilihan jawapan selalu sampai 4(iv) ja.

KENAPA cikgu tak ajar aku nombor roman ?

KENAPA ?!