Monday, 27 February 2012

Terpaksa Menipu Sebab Aku Nak Kerja !

Assalamualaikum,

Haa ! Panjang betul tajuk hari ni.

Aku habiskan 30 minit fikir pasal nak tulis tajuk. Aku lemah dalam penulisan tajuk ni.

Sangat lemah !

So, jangan tanya kenapa tajuk aku panjang !

Ok.

Apa aku nak cerita hari ni. Pengalaman aku masa nak minta kerja dulu.

Sebenarnya aku tak nak ingat sebab rasa bersalah tu ada lagi dalam diri ni. Rasa bersalah sebab menipu kakak yang muka dia ala-ala Ayu Raudhah.

Cun !

Ok-ok !

Aku jalan-jalan dengan niat nak cari kerja dengan berisi hanya RM 2 dalam poket. Tiba-tiba aku nampak kedai 'Watsoon'. Orang kata gaji kat 'Watsoon' ni mahal so aku cuba minta kerja kat situ, tapi aku diselebungi perasaan malu yang amat dasyat.

Baru aku sedar.

Aku pemalu !

Aku cuba nak hilangkan rasa malu dengan beli air dalam 'Watsoon' yang berharga RM 1.90 supaya aku boleh tanya 'ada kerja kosong tak ?' masa bayar.

Poket aku sekarang berisi RM 0.10 !

Damn !

Masa aku bayar aku tenung mata kakak tu. Hati aku berdebar. Bulu roma aku meremang. Dengan tenang, aku keluarkan ayat-ayat indah, 'kak, ada kerja kosong tak ?'

'Ada !' , ‘Adik nak minta kerja ka ?’ soalan yang separa pandai ditanya kepada aku.
Aku anggukkan kepala aku sambil buat muka ‘cute’.
‘Adik ambil borang ni adik isi, ni pen !’
‘Saya tau ni pen kak.’
‘Akak tau adik tau ni pen, ambil pen ni isi borang tu,’ aku cuba tak nak kenal siapa aku.

Malu !

Aku cuba kagumkan kakak tu dengan isi borang tu dengan bersungguh-sungguh.

‘Adik, nak kerja full time ka part time?’
‘Full time kak.’ Penipuan pertama aku.
‘Adik dah tak nak sambung belajar ka? Result trial adik boleh tahan.’
‘Tak sambung kot, saya rasa rezeki saya kat sini,’ aku buat mimik muka sedih.
 Aku terpaksa.
‘Kalau adik ditawarkan belajar nanti, adik rasa adik nak pergi tak ?’
‘Saya orang susah kak , tak mampu,’ aku buat muka sedih dengan penuh keyakinan.
‘Ya ka adik ? Ok-ok, adik balik dulu. Nanti apa-apa kami call.’
‘Terima kasih kak.’ Aku berjalan keluar dari ‘Watsoon’ sambil tunduk ke bawah.
Aku balik dengan perasaan yakin yang aku akan dapat kerja tu. Selepas dua minggu, aku tak terima apa-apa call pun.
Aku mula putus asa.
Aku menyesal sebab menipu kakak ‘cun’ tu.

Moral of the stroy, jangan menipu kalau nak buat apa-apa.

Tak berkat !

Tak salah pun kalau kita jujur. Kalau rezeki kita dapat la apa yang kita nak tu.

Ok geng ?

Peeh.

Aku rasa ni ending terbaik aku.

Aku tipu !

No comments:

Post a Comment