Sunday, 19 February 2012

Bila Diri Dah Bosan !

Dengan bertemankan segelas air kosong di sebuah kedai yang mempunyai internet tanpa wayar.

Aku duduk sambil menghadap komputer riba yang kehilangan salah satu skrunya.

Sambil dipandang oleh tuan kedai sebab menggunakan perkhidmatan internet tanpa wayar di kedainya dengan hanya segelas air kosong sebagai bayaran.

Aku melakukan mimik muka selamber dengan niat menutup malu sambil melihat laman muka buku aku dengan perasaan duka kerana bilangan rakan yang suka status aku tidak sebanyak Lisa Surihani mahupun Scha Al Yahya.

Aku cuba fikir apa kaitan tuan kedai dengan laman muka buku aku dan apa niat sebenar aku naiktarikh(update) laman blog aku.

Aku bosan.

No comments:

Post a Comment