Thursday, 2 February 2012

KENAPA ?!

Assalamualaikum,

Haa ! Tudia abang botak update blog dia. Kenal tak siapa si botak ni ? Cuba teka ?

Teet ! Salah. Bukan Brad Pitt.

Botak tu aku la ! Ni image aku buat sementara waktu(sementara menanti ketumubuhan rambut). 

Ok jujur ! Aku tak nak orang kecewa sebab tak nampak Angelina Jolie.
(bunyi cengkerik berkeliaran)

Hari ni aku nak memberitahu sesuatu perkara yang selalu kita tanya KENAPA?

Aku tahu pertanyaan ni pernah terjadi kat you all. Dan pernah menjadi tanda tanya serta pertanyaan kepada you all termasuk aku tak kira la masa sekolah rendah or menengah.


i)KENAPA subjek kimia ni wujud ? Susah gila !!
ii)KENAPA rambut kena pendek ? Kalau rambut panjang tak failed SPM pun.
iii)KENAPA kena belajar add math ? Kalau pergi beli sayur tak guna formula pun nak kira harga.
iv)KENAPA tak boleh couple ? Tak kacau rumah tangga cikgu disiplin pun.
v)KENAPA kelas tak buat malam ? Pagi orang nak tidur la.(time sekolah)
vi)KENAPA orang tua-tua selalu pandang rendah kalau kimia dapat D ? Try jawab tengok paper kimia tu.
vii)KENAPA lelaki tak hensem dapat perempuan cantik ? Dunia dah terbalik ka.
viii)KENAPA kecil-kecil tak nak mampus ? Dah besar bikin orang susah ja.

Yang last tu err.. err.. no coment.

Banyak lagi ar. Tapi aku malas nak tulis. Ok-ok ! Aku mengaku !

Aku tahu sampai nombor 8(viii) ja tulisan roman tu. Pilihan jawapan selalu sampai 4(iv) ja.

KENAPA cikgu tak ajar aku nombor roman ?

KENAPA ?!

3 comments:

  1. Replies
    1. sebab dia tak sedar kelemahan yg ada pada diri dia.. mungkin....

      Delete
  2. aku sangat sokong yang vi tu.... 100%

    ReplyDelete